Sunday, 21 December 2014

Apabila saya belek-belek facebook saya, saya terjumpa satu pembelajaran bahasa jawa yang saya rasa sesuai untuk diletakkan dalam blog saya. di sini saya kongsikan bersama mengenai beberapa perbezaan antara bahasa melayu (BM), bahasa jawa halus (JH) dan bahasa jawa kasar (JK). Jom sama-sama belajar daripada empunya facebook. 

Mari belajar Bahasa Jawa
Penunjuk bahasa
BM:Bahasa Melayu
JK : Jawa Kasar
JH : Jawa Halus
Cara utk memulakan perbualan:
BM :Saya
JK : Aku
JH : kulo
BM : Awak
JK : Kuea - kowe
JH :Sampian @ - Panjenengan
BM: Apa khabar .........
JK: Kue kabare opo ........ piye kabare ( iku jawa kasar/ngoko)
JH: Sampian kabarepon nopo @ Kepripun Kabare - Kados pundi kabaripun
BM: Saya khabar baik..........
JK : Aku kabarea apik / kabarea waras .........
JH: kulo kabarea lujeng...../ kulo kabaripun sae
Bm : Siapa nama awak ..........
JK : Kue jenenge sopo ..........
JH :Sampian namine sinten @ panjenengan namine sinten /asmanipun sinten
BM : Nama saya asnan........
JK : Jenengku asnan .......
JH : kulo namine asnan/ kulo asmanipun asnan
BM : Awak dari mana....
JK : Kue teko ngendi......
JH : Sampian sangking pundi .....@...sampian aslinipon sangking pundi..................
BM: Saya dari parit raja...................................
JK: Aku teko parit raja..
JH: Kulo sangking parit raja............@..kulo aslinipon sangking parit rojo.........
BM: Awak sudah makan..........
JK: Kue wes mangan/kowe wis mangan
JH: sampian empon neddi/ panjenengan sampun nedha
BM: Saya sudah makan.
JK : Aku wes mangan....
JH : Kulo empon neddi.......
BM : Selamat .............
JH : Sugeng............
BM : Pagi ...........
Jk : Isuk.......
JH : enjing/enjang
BM : Malam ............
JK :Bengi .....
JH : ndhalu
BM : Siang ....
JK : Awan...............
JH : Siyang
BM : Petang ........
JK: Sorea...sore (ejaan Jawa Indonesia)
JH : Sonten
BM : Selamat Pagi
JH : Sugeng enjang,
BM : Selamat petang
JH : Sugeng sonten,
BM : selamat malam
JH : sugeng dalu
BM : Selamat datang
JH = Sugeng Rawuh....
BM : Tak ada.....
JK : ora aneng/ ono
JH : Boten anten/wonten.
BM : Tak faham.....
JK : ora reti .......embuh (kasar), ra ngerti
JH : Boten ngertos .
BM : Tak Pandai ....
JK : ora iso......
JH : Boten saget....
BM : Saudara ke semuanya
JK : Sedulur sak kabehane / sedhulur kabeh
JH : Sedherek sedenten / sedoyo..
BM : Ke sana
JK : Nyang kono
JH : Wonten merono
BM : Kemari
JK : Nyang merene/kene
JH : Wonten meriki.
BM : Nak ikut
JK : Arep me,lu
JH : Ajeng tumut .
BM : Sudah lama
JK : Wes suei/suwe
JH : Empon Dangu..
BM : Ya
JK : Yo
JH : Engih .
BM : Terima kasih
JK : Kesuwun / Matur Nuwun..
BM : Salam
JK : Kulo Nuwun............
BM : berangkat
JH : Budal
BM : kembali
JH : mulih
BM :kerana
JH : mergo/amergo
1. sampien namine sinten? : nama awak sape?
2. kulo namine halmi : nama saya halmi
3. setunggel,kaleh,tigo,sekawan,gangsal
: satu,dua,tiga,empat,lima

Saya = Nyong
Awak = siro / riko
Dia = ndek-e / dheweke
Kita = ndewek / awake dhewe
BM :salam perkenalan
JH : sugeng tepang....
BM: rumah
JK : omah
JH : Gerio
BM: orang jawa
JK : wong jowo
JH : tiyang jawi
BM: orang tua
JK : wong tuek
JH : tiyang sepah/sepuh
BM: lambat bangun
JH : kerinan
BM: bukak puasa
JH : mokel.mokah
BM: gotong royong
JH : lebotan.rokaan
BM: selamat hari lahir
JH : sugeng tanggap warsa........
BM: selamat hari raya
JH : sugeng riyadin/ariyadi
BM: selamat tahun baru
JH : sugeng warsa enggal
BM: kerja
JK : kerjo, nyambut gawe
JH : ndamel
BM: kerjanan
JK : Gawean
JH : ndamelan
BM: selamat berkerja.
JH : sugeng makarya
BM: selamat berpuasa
JH : sugeng siyam
BM : Sudah lama tidak nampak
JK : Sampun dangu boten ketingal

sumber : Persatuan Bangsa Jawa, Nusantara Indonesia Malaysia (empunya facebook)

Monday, 1 December 2014

Sejarah Pembukaan Penempatan Orang Jawa di Selangor
Oleh : Harith Faruqi Sidek

Hubungan Tanah Melayu dengan Pulau Jawa telah bermula sejak kurun ke-14 lagi, sepertimana diceritakan dalam naskah lama "Sejarah Melayu" dan "Hikayat Hang Tuah". Sebagai contoh pertembungandiantara Taming Sari dengan pahlawan lagenda melayu, Hang Tuah. Catatan oleh Tom Pires turut menyatakan bahawa telah ada perkampungan orang jawa dizaman Kesultanan Melayu Melaka, catatan beliau antara lain ada menyebut nama-nama penempatan seperti Kampung Jawa dan Parit Jawa. Menurut Noriah Mohamed (2001:13), Pulau Jawa merupakan 7% daripada keseluruhan kepulauan Indonesia dengan kepadatan penduduk sekitar 60 juta orang, dan dipercayai proses migrasi orang jawa ke Tanah Melayu telah bermula sejak 1870an lagi.


Merantau atau Minggat

Menurut Khazin Mohd. Tamrin (1978), penghijrahan orang Jawa ke Tanah Melayu adalah melalui dua keadaan, iaitu;

Merantau : Orang Jawa merantau ke Tanah Melayu atas banyak sebab,antaranya untuk memperbaiki taraf hidup, sama ada dengan bekerja dengan pedagang asing yang berlayar diantara kawasan di Nusantara atau berniaga sendiri. Tidak kurang juga orang Jawa yang merantau ke Tanah Melayu atas tujuan mempelajari ilmu atau mengembangkan ilmu.

Minggat : Faktor ini ialah atas sebab melarikan diri dari sesuatu perkara yang berlaku keatas diri mereka sewaktu di tanah leluhur mereka. Antara faktor yang boleh disabitkan ialah atas sebab persengketaan politik, jenayah atau isu kekeluargaan.

Terdapat juga orang jawa yang datang ke Tanah Melayu secara paksa,iaitu diculik oleh sindiket pedagangan manusia yang menyediakan bekalan buruhkepada pedagang yang berlabuh di Tanah Melayu. Diceritakan orang jawa yang menjadi mangsa penculikan ini akan dibawa ke Singapura untuk dijadikan buruh. Terdapat juga kes dimana orang-orang jawa yang mahu mengerjakan haji telah ditipu oleh para sendiket ini, mereka tidak dihantar ke tanah suci untuk mengerjakan haji,sebaliknya dijual kepada peladang-peladang di Negeri- negeri Melayu Bersekutu.(Khazin Mohd. Tamrin ,1978:710).

Namun ada juga faktor lain yang membawa orang jawa berhijrah ke Tanah Melayu seperti mana yang disebut oleh Nelmawarni dan Nordin (2011), Penghijrahan orang jawa dari kepulauan Nusantara adalah kerana mencari pekerjaan, antara jenis pekerjaan yang dilakukan ialah buruh kontrak, buruh bebas atau sebagai peneroka tanah. Malah ada juga dikalangan orang jawa di Tanah Melayu yang berhijrah secara tidak dirancang, contohnya mereka yang singgah di Pulau Pinang dan Singapura sewaktu dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji ke Mekah, ada diantara mereka ini tidak meneruskan perjalanan atau pelayaran ke Mekah, sebaliknya berubah fikiran lalu menetap terus di Tanah Melayu, dan ada juga yang tinggal terus di Tanah Melayu selepas pulang dari mengerjakan Haji.

Jika dibandingkan dengan orang Minangkabau yang turut sama berhijrah ke Tanah Melayu, Orang jawa dilihat lebih cenderung bekerja dengan kerajaan, sementara orang Miangkabau lebih suka berniaga, malah budaya “makan gaji” adalah tidak digalakkan / disukai oleh orang Minangkabau yang merantau. Namun orang Jawa yang bekerja sebagai buruh ini telah menyebabkan populasi mereka tersebar ke seluruh jajahan koloni inggeris dan Belanda, dari Tanah Melayu, Afrika Selatan (dibawa oleh Belanda) malah hingga ke kepulauan Carribean.


Penghijrahan orang jawa di Selangor

Pada sekitar tahun1890an, masyarakat melayu yang menetap di Kuala Lumpur adalah terdiri daripada pedagang daripada Sumatera dan Jawa (Gullick, 1993:34). Di daerah Klang, telah dikesan aktiviti perdagangan yang diketuai oleh pedagang jawa yang diketuaioleh Syeikh Mohd Taib (MISC 183/80 Kuala Lumpur). Pada tahun 1930an, kebanyakkan peniaga melayu yang berniaga di kawasan Batu Road, Melaka Streetdan Malay Street adalah terdiri daripada orang Jawa dari Sumatera. Masyarakatj awa di Selangor kebanyakkannya memilih penempatan di kawasan pertanian, mereka memilih cara hidup dengan bercucuk tanam dan berkebun. (Noriah Mohamed,2001:223)

Faktor perkembangan pesat industri pelombongan bijih timah di kawasan lembah Sungai Kelang juga telah menarik penghijrahan ramai orang jawa ke daerah ini. Berbanding dengan orang cina dari tanah besar, orang jawa ini menjalankan kegiatan melombong bijih timah secara kecil kecilan di kawasan pendalaman.(Khazin, 1978:73).

Menurut Noriah Mohamed(2001:147), kawasan yang dikesan mempunyai penduduk berketurunan jawa yang ramai di Selangor ialah:

1)      Tanjung Karang
2)      Sabak Bernam
3)      Kuala Selangor
4)      Kelang
5)      Banting ( Kuala Langat)
6)      Sepang


Membuka penempatan di Daerah Klang


Dalam laporan Pegawai Daerah Klang sewaktu melawat Teluk Menegun dan Kampung Jawa dalam tahun 1890, beliau ada mencatatkan penemuannya tentang kawasan penempatan yang dibuka oleh orang Jawa. Hasil temuramah dengan beberapa orang penduduk lama serta waris kepada peneroka kawasan yang asal, Khazin Mohd Tamrin( 1978: 77) telah menemui maklumat tentang asal usul pembukaan beberapa kawasan penempatan di Klang.


a)  Kampung Jawa
Meskipun kebanyakkan penempatan di Negeri Selangor dibuka oleh orang Bugis yang merantau, tetapi terdapat juga bukti penempatan yang dibuka oleh orang Jawa yang berhijrah ke Selangor, terutamanya di Klang. Menurut Khazin (1978:73), Kampung Jawa telah dibuka sekitar tahun 1860an, antara nama yang disebut sebagai pelopor pembukaan kawasan ini ialah Haji Hussein dan Haji Mohammad Tahir yang berasal dari BatuBara, Sumatera. Kawasan ini dikatakan telah dibuka sekitar tahun 1875 oleh Haji Latiff yang  dikatakan berasal dari Semarang.( Khazin, 1978: 73).

a) Bukit kapar.
Kawasan ini dikatakan telah dibuka dalam tahun 1920an lagi, ianya diketuai oleh Abdul wahid b. Ahmad.

b) Meru.
Meru telah dibuka oleh Haji Shariff bin Haji Abdul Razak sekitar tahun 1909. Maklumat ini disampaikan oleh anak beliau yang menjadi Ketua Kampung dalam satu temuramah pada 21 April 1974.

c) Kampung Rantau Panjang
Kawasan penempatan ini telah dibuka oleh Haji Siraj bersama sahabatnya Haji Hassan pada tahun 1919.

d) Kampung Sungai Jati
Kawasan Sungai Jati di Jalan Kampung Jawa telah dibuka oleh Haji Sidek dan Haji Mohd Damin.


Papan Tanda ini pastinya belum wujud ketika orang-orang jawa mula berhijrah ke Klang dan Kuala Selangor



Penempatan Orang Jawa di Ulu Langat

Di kawasan Ulu Langat juga telah dikesan mempunyai penempatan yang dibuka oleh orang Jawa. Sebuah kawasan perkampungan yang dinamakan Kampung Jawa telah dibuka sekitar tahun 1916 oleh sekumpulan orang Jawa yang dibawa masuk oleh Inggeris. Kumpulan orang Jawa ini pada asalnya bekerja sebagai buruh kontrak di Ladang Kopi di sekitar Pantai Selangor (Khazin, 1978:78). Walau bagaimanapun, tidak dapat dapat dipastikan sama ada penempatan yang dimaksudkan itu adalah sebuah perkampungan kecil yang dibuka oleh orang jawa sekitar tahun 1920, perkampungan ini terletak di Batu18, Jalan Sungai Lui.



Membuka penempatan di Daerah Kuala Selangor

Menurut Khazin Mohd Tamrin(1978:78), perancangan kerajaan British telah menyumbang kepada penghijrahan orang Jawa ke Daerah Kuala Selangor. Penghijrahan ke kawasan seperti Tanjung Karang dan Sabak Bernam adalah disebabkan oleh aktiviti pertanian seperti padi dan kelapa yang mereka usahakan. Penghijrahan yang berlaku sekitar tahun 1930an ini bukan sahaja melibatkan orang jawa yang datang dari Pulau Jawa, tetapi juga mereka yang telah menetap di kawasan berhampiran, umpamanya dari Hilir Perak. Walaubagaimanpun, sebelum adanya penghijrahan besar-besaran ini, sebilangan kecil orang jawa telah pun ada di Sabak Bernam.Generasi pertama orang Jawa di Sabak Bernam ini menyara hidup sebagai pekebun kecil dan dipercayai mula berada dikawasan tersebut 20 tahun lebih awal, iaitu sekitar 1910.(Khazin Mohd Tamrin,1978:79).

Kampung Api-api dalam Daerah Kuala Selangor dikatakan telah dibuka oleh orang jawa yang berasal dari Banyumas, kumpulan orang-orang jawa ini diketuai oleh Tuan Haji Abdul Moin.Penerokaan mereka sehingga wujudnya Kampung Api-api adalah berdasarkan geran tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan British yang bertarikh 1901, tetapi anggaran tahun kampung ini dibuka adalah berdasarkan usia pokok kelapa yang ditanam oleh orang-orang jawa dikawasan itu yang dianggarkan telah mencapai usia 30 tahun pada ketika itu.

Anak Tuan Haji Abdul Moin, iaitu Tuan Haji Idris Haji Moin bersama sahabatnya, Salamenko pula bertanggungjawab meneroka kawasan Pasir Tuntong. Salamenko kemudiannya telah berhijrah keluar dari kawasan Pasir Tuntong, lalu membuka penempatan di Sungai Yu. Seterusnya kawasan-kawasan lain turut dibuka oleh generasi orang jawa yang seterusnya,seperti penempatan di Kampung Ijok, Bukit Badong dan Bukit Kuching. Kumpulan orang-orang jawa yang membuka penempatan di Daerah Kuala Selangor ini dikatakan berasal dari Daerah Pacitan, Magelang dan Ponorogo. Pada tahun 1945, kampung Batang Berjuntai telah dibuka oleh seorang berketurunan jawa yang bernama Jemain bin Kasok, namun pada ketika itu, kawasan itu lebih dikenali sebagai kampong Jaya Setia atau Batang Trill.



Membuka Penempatandi Daerah Kuala Langat

Antara kawasan yang dilihat menjadi tumpuan penghijrahan orang jawa di Selangor adalah di Daerah Kuala Langat. Dibawah pemerintahan British, perolehan atau penerokaan tanah harus dilakukan dengan rasmi, iaitu dengan mendapatkan kebenaran daripada kerajaan Inggeris.Meskipun mendapat persaingan daripada penduduk tempatan dalam memperolehi hak penerokaan kawasan di Daerah Kuala Langat, British dikatakan cenderung memberi permit atau kebenaran kepada orang-orang Jawa berbanding orang tempatan, malah dari kacamata British, orang-orang jawa yang berhijrah ini disifatkan sebagai “The Best Colonist”. Merujuk kepada Khazin Mohd Tamrin (1978:76), sehingga 1888, beberapa buah penempatan di Daerah Kuala Langat ini telah dibuka oleh orang jawa, antaranya Kelanang yang dibuka oleh Haji Kiai Kadir dan Tanjung Dua oleh Encik Sadik.


Khatimah

Meskipun telah berada di daratan yang baru, orang jawa yang berhijrah ke Tanah Melayu ini dilihat masih setia membawa bersama adat dan budaya leluhur mereka, amalan seperti rewang, kondangan dan sebagainya masih jelas diamalkan di kebanyakkan penempatan yang mereka buka. Selain daripada itu, kaedah pemilihan ketua bagi sesebuah penempatan mempunyai kelainan diantara satu kawasan dengan kawasan yang lain,contohnya di beberapa penempatan di Klang, seseorang pemimpin kampung atau lurah dipilih dari kalangan mereka yang mula-mula membuka penempatan tersebut. Satu lagi kaedah memilih lurah adalah melantik mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi berbanding kebanyakkan orang didalam penempatan tersebut, biasanya ilmu agama dan ilmu yang berkaitan dengan kemahiran hidup.


Sejarah Kedatangan Orang Jawa Ke Johor

Sejarah Kedatangan Orang Jawa Ke Johor

Rakyat Johor terdiri dari pelbagai suku Melayu. Yang domain ialah suku Jawa sehingga ada yang masih pekat atau totok. Meskipun begitu,  tidak semua berasal-usul dari keluarga marhein dari Pulau Jawa. Ada yang terdiri dari golongan berpendidikan tinggi agama, pendakwah dan juga petani yang berjaya. Tetapi kerana keluasan tanah terhad di Pulau Jawa maka mereka pun berhijrah ke Negeri Johor.  Kini, mereka adalah rakyat Johor yang berjaya dan maju dengan hasil perkebunan. Kebanyakan anak mereka berpendidikan tinggi dan menjawat perkhidmatan awam negeri Johor dan Persekutuan.

Mengikut sejarah, kedatangan suku Jawa ke Johor adalah hasil galakan dari Temenggong Daing Ibrahim (1810-1862) ketika  membuka ladang gambir di Johor sekitar 1830-an setelah perusahaan gambir di Singapura gagal kerana kekurangan tanah dan kayu-kayan yang menjadi bahan bakar utama perusahaan itu. Dasar menggalakkan pekerja atau kuli bukan sahaja dari Jawa tetapi juga dari Cina bagi memajukan tanaman gambir melalui sistem kangkar yang diperkenalkan beliau.

 Usaha dan dasar memajukan Johor melalui perdagangan hasil hutan dan perladangan gambir ini serta dasar membawa masuk pekerja luar telah diteruskan oleh anakanda baginda, Temenggong Abu Bakar (1833-1895). Di zaman Temenggong Abu Bakar dasar ini dan pembangunan yang terhasil sampai ke puncak klimaks pada tahun 1860 sehingga 1895. Dasar membangunkan negeri yang diterajui oleh Temenggong Daing Ibrahim telah diteruskan oleh cucuanda baginda Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar(1873-1959). 

Suku Jawa digalakkan datang ke negeri Johor untuk bekerja dan membuka kebun. Disamping sebagai pekerja dan pekebun mereka juga menjadi pengimbang pola jumlah dan taburan pekerja atau pekebun bangsa Cina. Satu surat khas terkenal dengan nama Surat Kebenaran Membuka Kebun  dikeluarkan oleh pejabat Temenggong dan kemudian Pejabat Tanah Negeri Johor semasa pemerintahan Temenggong Abu Bakar.  Pekerja atau orang Cina dikawal dengan peraturan Kangkar dan Sistem Kangcu manakala orang Jawa dikawal oleh pemimpin tradsional iaitu penghulu dan orang-orang Kaya selaku pembesar dan wakil raja.

Orang Jawa juga banyak dibawa masuk oleh Syarikat Konstantinople milik jutawan Arab bernama As Sagof yang mendapat konsesi membuka ladang seluas daerah Pontian. Beliau ialah sahabat baik kepada Maharaja Abu Bakar dan beliau telah membawa masuk pekerja-pekerja Jawa melalui Sistem Haji di mana beliau memberi kemudahan menunaikan fardu haji kepada pekerja Jawa melalui tabungan upah bekerja di ladang kelapanya di Pontian. Pekerja Jawa boleh menunaikan fardu haji apabila wang perbelanjaan yang dikumpulkan mencukupi. Mereka juga diberi kemudahan menunaikan haji terlebih dahulu dan kemudian bekerja untuk melangsaikan hutang.  Sesiapa yang telah menunaikan fardu haji diberi pilihan untuk pulang ke kampung halaman atau terus menetap atau bekerja mengumpul wang sebagai bekalan apabila kembali ke tanahair dengan bekerja di ladang Syarikat Konstantinople. 

Perusahaan dan perniagaan syarikat ini amat terkenal dan terbesar di Asia Tenggara ketika itu. Perdagangan yang diusahakan oleh syarikat ini termasuk perkapalan, pengangkutan laut, perladangan dan juga perniagaan barang-barang nusantara dan juga dari Cina ke Timur Tengah sehingga ke Konstantinople di Turki. Keluarga As Sagof memiliki puluhan kapal sendiri dan sebahagian besarnya berkuasa dan berinjin wap. Ladang-ladangnya terdapat di Pulau Muluku, Kalimatan atau Borneo, Pulau Jawa, Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu khususnya di Johor. Pejabat-pejabat pengurusan syarikat ini terdapat di Turki, Saudi Arabia, Yemen, India, Sumatera, Pulau Jawa dan di Singapura. Pejabat terbesarnya terletak di Konstantinople Turki dan di sebelah timur terletak di Singapura dan ditengah-tengah rangkaian perdagangannya yang terletak di Yemen dan juga India.

 Di Johor, kemudahan atau Sistem Haji yang diperkenalkan  oleh Syarikat Konstantinople mendapat sambutan hangat dari penduduk Jawa yang beragama Islam kerana tiada berunsur penipuan dan penganiayaan. Berbondong-bondong orang Jawa mendaftar diri menjadi pekerja Syarikat Perladangan Konstantinople ini. Sebahagiannya terus menetap dan menjadi rakyat Johor.

 Selain daripada itu, fakta penarik orang Jawa datang ke Johor juga adalah disebabkan oleh galakan Inggeris yang telah mewar-warkan kegemilangan dan kemakmuran negeri Singapura dan Johor yang diperintah oleh raja Melayu yang moden dan adil seperti pemerintahan Inggeris ketika mentadbir pulau Jawa menjaga kepentingan Belanda yang sedang terlibat dengan peperangan Napoleon. Inggeris telah mengambil kesempatan mempengaruhi orang Jawa agar menolak Belanda dan menerima Inggeris terus memerintah Jawa. Ketegasan Belanda mengambil semula negeri-negeri taklukannya setelah Perang Napoleon berakhir telah mendorong Inggeris berusaha meluaskan pengaruhnya di Nusantara.

 Sistem tanaman paksa oleh Belanda  pada tahun 1820-an yang telah memaksa penduduk Jawa menanam hanya kopi, teh dan rempah ratus sahaja telah menimbulkan kemarahan orang Jawa yang menghadapi kekurangan bahan makanan. Bagi mengelak kebuluran, ramai orang Jawa telah berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu dan tinggal di negeri Melayu dibawah pengaruh pentadbiran Inggeris. Kebanyakan orang Jawa yang kuat pegangan agama dan enggan tunduk di bawah pengaruh pentadbir kafir (Belanda) telah memilih Johor untuk menetap. Mereka telah datang secara berperingkat-peringkat dengan menaiki kapal milik kerabat diraja yang dikenali sebagai sadagar raja yang mendapat kebenaran khas belayar dan berdagang di nusantara oleh Belanda.

Mengikut catatan sejarah, gerombolan atau gelombang penghijrahan orang Jawa ke Semenanjung Tanah Melayu yang paling aktif ialah pada tahun 1835 sehingga 1900. Ini adalah berikutan Sistem Rodi atau Tanaman Paksa yang dipaksakan oleh Belanda dan pengeluaran hukuman berat kepada sesiapa yang engkar perintah sehingga sampai ke tahap mengancam nyawa. Keluarga kerabat Diraja Cerebon sebagai contoh merupakan kumpulan saudagar Raja yang paling aktif kerana mereka mahir berlayar dan berdagang di serata teluk dan rantau serta pelabuhan-pelabuhan  di Nusantara.  Berdagang dan berdakwah adalah budaya hidup mereka. Mereka mewarisi ilmu pelayaran, perdagangan di samping penyibaran agama sejak turun-temurun dan berasal-usul daripada sheikh-sheikh dan pedagang Arab. 

Mengikut catatan Belanda, Hj Ibrahim pernah berulang alik dari Jawa ke Melaka pada tahun 1800-1825 kemudian anaknya Lebe  Mat (Lebai Muhamad) adalah antara nakhoda Jawa berdarah Arab (Saudagar Raja Cerebon) yang telah membawa masuk orang-orang Jawa ke Semenangjung Tanah Melayu. Mereka mempunyai jadual belayar yang tetap dan berulang alik dari Pulau Jawa sejauh Maluku, Tuban, Cerebon, Betawi, Siak, Singapura, Muar, Melaka, Selangor, Kelang, Bruas dan Kuala Kedah dari tahun 1800-1879. Muar telah dipilih menjadi penempatan keluarga mereka kerana terdapat perkampungan Arab di situ.

Kampung Jawa Muar (Kg Bakri) contohnya telah dibuka pada tahun 1869 oleh Hj Md Noh anak Lebai Muhamad bin Hj Ibrahim. Sebelum itu,  Penghulu Jabar yang berasal dari Jawa Timur telah mengikut kumpulan pelayaran saudagar raja Cerebon ke Parit Bakar Muar pada tahun 1860 dan membuka Parit Jawa pada 1865. Rombongan dan penghijrahan dari Jawa terus berlaku pada tahun-tahun berikutnya apabila Gerisik, Bukit Gambir, Sungai Raya dan beberapa perkampungan dan desa dibuka oleh orang Jawa di Muar dan di sepanjang pantai barat Johor atas galakan Maharaja Abu Bakar yang kemudian bergelar Sultan Johor (1885).

Gerombolan kedua orang Jawa berhijrah ke Johor, sebelah pantai timur Johor dan di sepanjang pantai barat Semenangjung adalah pada tahun 1915 sehingga hujung 1930-an berikutan pembukaan ladang getah, nenas dan teh tetapi penanaman teh tidak digemari oleh orang Jawa kerana mereka mempunyai pengalaman pahit dan hitam di Jawa sehingga pengusaha-pengusaha dan peladang Inggeris terpaksa membawa masuk perkerja dari India bekerja di ladang teh mereka. 

Pada tahun 1885, bermula sejak Maharaja Abu Bakar bergelar Sultan, semua peneroka Jawa dibenarkan menamakan kampong dan desa yang dibuka oleh mereka mengikut nama atau tempat asal usul mereka kerana kesetiaan mereka tidak diragui lagi dan Sultan Abu Bakar telah mendapat mandat dan daulat sultan secara rasmi dari kerajaan Inggeris.

Ketika Zaman Jepun (1942-1945) terdapat juga catatan sejarah di mana banyak tentera paksa berketurunan Jawa yang dibawa masuk dari pulau Jawa ke Semenanjung Tanah Melayu gagal pulang dan akhirnya terus menyusup dan menetap sebagai penduduk di sini. Mereka diterima dengan baik kerana terdapat suku Jawa yang telah lama bermastautin malah diakui sebagai rakyat asal Negeri-negeri Tanah Melayu.

Kini (2012),  mengikut perincian dari statistik pembacian Jabatan Perangkaan Negeri, Johor (2010), orang Melayu adalah sebanyak 48%, Cina 40% India 8% dll bangsa 4%.  Pecahan Suku Melayu daripada sejumlah 48% itu ialah suku Jawa  sebanyak 50%, suku Melayu Bugis 12%, Melayu Johor 30% dll 8% . Boleh dikatakan orang Melayu suku Jawa adalah tunjang kepada kemajuan dan pembangunan negeri Johor. Mereka mencurahkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan negeri dan ketika ini mereka juga menjawat jawatan tinggi dalam banyak jabatan dan berpengaruh dalam parti politik yang diterajui oleh UMNO Johor. Mereka dengan bangga mengaku sebagai bangsa Melayu dan berasal-usul dari suku Jawa.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Parit Jawa Muar 24.11.2012
Posted by TunSheikh at 3:02 

Pada kali ini, dalam ruangan saya ini saya akan berkongsi mengenai kaum jawa di Malaysia.

PENDAHULUAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat  berbilang kaum dan etnik. Terdapat tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Di dalam kelompok kaum tersebut terdapat pelbagai pecahan etnik yang sudah semestinya mempunyai pelbagai budaya, bahasa, kepercayaan dan adat resam yang tersendiri.
Dalam tugasan ini, saya memilih etnik Jawa kerana ayah dan ibu saya berketurunan Jawa Ponorogo. Tugasan ini membicarakan  etnik Jawa meliputi aspek bangsa,struktur masyarakat, bahasa, kepercayaan, adat resam dan jantina.
Semua penduduk yang tinggal di kampung saya iaitu Parit Sikon Darat, Parit Raja , Batu Pahat berketurunan Jawa. Sebahagian besar mereka  merupakan Jawa Ponorogo manakala selainnya Jawa Megelan. Mereka bekerja sebagai pekebun kelapa sawit , bertukang dan ada juga yang bekerja di kilang industri.
Sehingga kini kami masih menggunakan bahasa Jawa sebagai bahasa perhubungan.  Selain mempunyai masakan Jawa yang menjadi kebanggaan seperti “sambel godok” dan “pecel leley”, kami juga mengamalkan adat resam serta kebudayaan tersendiri. Ianya menjadikan keturunan kami unik dan istimewa.
Kerukunan hidup bermasyarakat menjadikan kampung tempat tinggal kami aman, damai dan ceria. Berkat kerjasama dan hidup bermuafakat, kampung kami pernah dicalonkan sebagai penerima anugerah Kampung Terindah Desa Wawasan peringkat negeri.
Kami  bangga menjadi anak Jawa dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan identiti agar tidak hilang ditelan zaman.

“Tak Kan Jawa Hilang Di Dunia”



Pengenalan Bangsa Jawa
Orang Jawa dari segi zahirnya, berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Etnik Jawa merupakan sebahagian daripada kelompok Melayu yang terdapat di Malaysia dan sudah lama bertapak di sini.
Pada masa ini, penempatan orang Jawa tertumpu di bahagian barat Semenanjung Malaysia terutama di barat Johor, Selangor dan Perak. Dipercayai, tempat yang mula- mula  diduduki adalah di kawasan Padang, Parit Jawa, Muar.
Orang Jawa berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di ladang kopi, ladang getah dan juga di lombong - lombong bijih timah. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu bukan sahaja untuk bekerja di ladang tetapi juga dipengaruhi oleh faktor ekonomi, politik dan sosial.
Menurut Wikipedia , kebanyakan imigran Jawa yang datang ke Tanah Melayu berasal dari beberapa buah daerah di Pulau Jawa seperti di Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur seperti dari kawasan Madiun,Ponogoro, Kudrejo, Lebumin, Demek dan Magelan.
Sejarah mengatakan bahawa,imigran Jawa berhijrah ke beberapa pulau lain sebelum datang ke Tanah Melayu. Antara pulau yang menjadi kawasan petempatan mereka ialah Singapura dan Palembang.
Etnik Jawa era 60-an menggunakan nama yang agak unik seperti Suparji, Wagiman, Supendi, Masjoyo, Mulio, Karto, dan  Toliban untuk kaum lelaki dan nama seperti Supinah,Tukijah, Jumiton, dan Tukiyem untuk kaum perempuan. Mereka juga sering menggunakan nama gelaran seperti Man Ganden,  Amat Ireng, Leman Gundol, Mbah Lanang dan Nyai Cilik. Namun nama dan gelaran itu kini tidak digunapakai lagi seiring dengan peredaran zaman.


STRUKTUR MASYARAKAT JAWA
Menurut Clifford Geertz (The Religion of Jawa;1956) masyarakat Jawa asli di dikelaskan kepada tiga kelas utama iaitu abangan, santri dan priyayi.
Namun, dalam masyarakat Jawa di Malaysia, kelas sosial tidak dititikberatkan. Ini kerana kebanyakan masyarakat Jawa di Malaysia telah mengasimilasikan kehidupan  dengan masyarakat lain. Dalam menjalani kehidupan seharian, masyarakat Jawa mempunyai beberapa sistem. Kehidupan mereka diketuai oleh seorang ketua. Ketua memainkan peranan yang penting dalam menjalani kehidupan demi menjamin kerukunan masyarakat Jawa. 
Ketua  masyarakat Jawa ialah Lurah dan Kiai. Lurah merupakan penghulu dalam masyarakat Jawa . Ia mempunyai tanggungjawab dan memikul amanah yang besar bagi memastikan keselesaan penduduk kampung. Lazimnya pemilihan Lurah adalah berdasarkan kebolehan,pengalaman, keturunan dan pengetahuan dalam agama..Jawatan Lurah kebiasaannya akan disandang  selagi diterima oleh penduduk kampung.  Jawatan Lurah akan dibantu oleh beberapa orang pembantu untuk memudahkan urusan pentadbiran. Selain menjaga keselamatan kampung, Lurah menjadi ketua  ketika aktiviti gotong-royong dan aktiviti kemasyarakatan yang lain.
Selain  Lurah, terdapat juga jawatan Kiai atau Siak. Kiai dilantik dalam kalangan kaum lelaki yang berpengetahuan dalam bidang agama dan soal kemasyarakatan. Kiai bertanggungjawab untuk menjadi imam dalam sembahyang berjemaah.  Kiai juga bertanggungjawab mengetua majlis kenduri doa selamat dan semua majlis keagamaan. Seorang Kiai perlu lengkap dengan ilmu agama dalam memberi petunjuk kepada masyarakat.
Dalam hal kematian, Kiai berperanan sebagai imam untuk sembahyang jenazah. Ini adalah sebagai tanda penghormatan ke atas Kiai yang memainkan peranan yang cukup penting dalam adat  kematian.


KEPERCAYAAN MASYARAKAT JAWA
Kaum Jawa di Malaysia menganut agama Islam. Mereka mengamalkan pelbagai kepercayaan yang diwarisi sejak turun – temurun. Ada kepercayaan yang masih diamalkan sehingga hari ini dan ada yang telah hilang ditelan zaman.
Masyarakat Jawa bermazhabkan Sya’fie dengan memegang teguh lima rukun Iman dan mempercayai enam rukun Islam. Dua rukun inilah yang menjadi landasan kepercayaan mereka untuk menjadi seorang Islam yang sempurna di sisi Allah SWT. mereka amat mementingkan aspek persaudaraan selari dengan ajaran agama Islam.Oleh itu, masyarakat Jawa adalah saudara kepada masyarakat Islam yang lain..
Terdapat segelintir masyarakat Jawa yang mengamalkan amalan animisme. Ia berkaitan kepercayaan terhadap makhluk halus dan semangat sesuatu tempat. Mereka mempercayai sesuatu tempat menjadi kediaman makhluk halus sehingga ada yang menganggap tempat itu keramat.
Terdapat juga sebilangan warga emas masyarakat Jawa yang mempercayai tentang semangat di tempat yang baru. Sekiranya semangat tersebut hilang atau diganggu gugat seperti membersihkan kawasan, dipercayai akan menyebabkanseseorang itu mendapat penyakit. Oleh itu, mereka perlu membuat beberapa semahan atau menjamu dengan bertih supaya semangat  tersebut pulih seperti sedia kala.
Selain itu, masyarakat Jawa juga mempercayai beberapa objek yang mempunyai kuasa seperti busut, batu-batu besar atau pokok-pokok besar. Kuasa ini dikatakan mampu memberi kesan kepada mereka yang mengusik atau melakukan perkara yang tidak senonoh kepada objek tersebut. Justeru itulah ramai dalam kalangan tersebut mengambil peluang dengan menjadikan busut, batu atau pokok besar sebagai objek yang boleh mendatangkan keuntungan seperti tikam nombor ekor.
Di samping itu, bagi orang Jawa Kejawen pula, mereka  mempercayai  pelbagai jenis roh yang tidak kelihatan yang dapat   menimbulkan bahaya seperti kecelakaan atau penyakit. Untuk melindungi semuanya itu, mereka memberi upah yang terdiri dari nasi dan aneka makanan, daun-daun bunga serta kemenyan.
Orang Jawa Kejawen juga suka melakukan kegiatan keagamaan.contohnya seperti puasa. Mereka  berpuasa pada hari-hari tertentu misalnya Isnin dan Khamis atau pada hari lahir. Semuanya itu berasal daripada ajaran tarikat ynag mereka anuti.
 Sungguhpun demikian, amalan dan kepercayaan animisme ini semakin hilang ditelan zaman kerana Islam menegaskan amalan ini dianggap sebagai perbuatan syirik dan bertentangan dengan agama.
Masyarakat Jawa juga mempercayai bahawa  hari Jumaat adalah hari  yang terbaik atau penghulu segala hari. Jumaat keliwon merupakan  hari yang terbaik untuk beramal dan menuntut pelbagai ilmu. Menurut masyarakat Jawa, antara keistimewaan malam Jumaat keliwon adalah sekiranya hujan turun, air hujan tersebut perlu ditadah di halaman rumah dan air itu amat mujarab untuk dibuat air penerang hati. Malam Jumaat Keliwon juga dimanfaatkan oleh orang yang mengamalkan ilmu sesat akan menguji ilmunya buat pertama kali..
Selain itu masyarakat Jawa juga mempercayai bahawasanya jika sekiranya ada orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat Keliwon, kuburnya terpaksa dijaga siang dan malam sehingga genap 40 hari kerana takut digali semula oleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk diambil lidahnya, kain kafan dan sebagainya untuk dijadikan tangkal untuk membuat perkara yang dilarang oleh AllahSWT seperti merompak, sihir dan lain-lain kepercayaan khurafat. 

ADAT RESAM  MASYARAKAT JAWA
Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan, tingkahlaku, kepercayaan  dan cara hidup. Ianya dilakukan setiap hari atau mengikut musim sama ada mengikut bulan mahupun tahun. Adat yang dilakukan akhirnya menjadi suatu  kebiasaan yang diulangi dan akhirnya dipraktikkan turun- temurun.  Perkataan lain yang sinonim dengan adat ialah budaya. Adat dan budaya merupakan suatu konsep yang saling bergantung.
Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat pelaksanaannya, misalnya adat bersanding, adat meminang dan sebagainya, ia sudah menjadi suatu budaya. Ia membawa maksud budaya merupakan suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat.
Budaya bersifat tidak tetap dan boleh berubah mengikut peredaran masa dan kesesuaian . Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah. Oleh hal yang demikian bolehlah dikatakan bahawa adat ialah budaya yang asal.Resam pula ialah lembaga, peraturan, hukum , norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat.
Adat resam merupakan suatu peraturan yang sudah diamalkan sejak turun – temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi peraturan dan hukum yang mesti dipatuhi. Adat resam merupakan suatu cara hidup yang diwarisi.
Masyarakat  Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa, mengamalkan adat resam mereka yang tersendiri. Adat ini merangkumi semua aspek kehidupan bermula daripada kelahiran, kehidupan sehinggalah kematian.
Masyarakat Jawa mengamalkan adat resam yang cukup unik. Bermula dari dalam kandungan , mereka mengamalkan adat yang tersendiri.  Untuk memahami secara lebih mendalam  adat resam  masyarakat Jawa, adalah lebih mudah sekiranya kita membicarakannya satu persatu. Antara adat resam yang masih diamalkan   ialah:


Lenggang perut
Jagongan
Bengkongan
Puputan / Cukur jambul
Among – among/ Pijak tanah
Sunatan/ Berkhatan
Merisik
Mantu / Perkahwinan
Baraan/ Ziarah raya
Rewang/ Gotong- royong
Nasi ambeng/ ambang

Lenggang Perut
Adat lenggang perut juga dikenali sebagai tingkepan atau mitoni. Ia dijalankan khusus untuk  seseorang wanita yang hamil buat kali pertama. Upacara ini dijalankan ketika kehamilannya memasuki tujuh bulan . Tujuan upacara ini dijalankan ialah untuk memohon keselamatan ibu dan juga bayi yang bakal dilahirkan.
Masyarakat Jawa percaya janin yang berusia tujuh bulan mempunyai roh yang perlu dijaga dan diraikan. Anak pertama dikatakan membawa tuah bukan sahaja kepada keluarga malah kepada adik – adiknya yang bakal dilahirkan kemudian. Upacara ini dikendalikan oleh Mak Bidan yang bakal menyambut kelahiran bayi tersebut. Bakal ibu terpaksa melalui beberapa peringkat upacara.
Bakal ibu yang sedang hamil akan dimandikan dengan air pelbagai jenis bunga diiringi dengan doa yang dibacakan oleh Mak Bidan. Seterusnya si suami akan memasukkan sebutir telur ayam kampung ke dalam kain isterinya. Telur tersebut dibiarkan jatuh dan pecah. Ia merupakan simbolik tanda bayi akan lahir dengan lancar tanpa sebarang halangan. Ada juga sesetengah masyarakat jawa yang mengkehendaki si suami membelah buah kelapa muda. Sekiranya belahan buah kelapa betul – betul di tengah , mereka akan mendapat anak lelaki. Sebaliknya sekiranya belahan buah kelapa tersebut senget maka mereka dikatakan bakal menerima anak perempuan.
Para tetamu upacara lenggang perut  biasanya dihidangkan dengan nasi ambeng. Ketika penyediaan dijalankan, peladen  atau pelayan dimestikan mengambil dulang yang berisi nasi ambeng secara satu arah. Mereka ditegah berjalan bolak- balik melawan arah. Ia untuk mengelakkan bayi yang bakal dilahirkan keluar secara songsang.

Menanam Uri
Selepas seseorang bayi dilahirkan, Mak Bidan akan mencuci dan membersihkan uri dengan campuran asam beserta sedikit garam.  Kemudian,  uri akan ditanam di bawah rumah atau persekitaran rumah.
Si ayah, akan ditugaskan menanam uri. Uri bayi perempuan akan ditanam berserta celak, pensil , dan jarum.  Mereka berharap agar anak yang akan membesar  nanti menjadi seorang yang cantik, pandai dalam pelajaran dan pandai menjahit baju.  Uri bayi lelaki pula ditanam berserta pensil, paku dan jarum dengan harapan apabila dewasa nanti mereka akan menjadi seorang yang pandai dan gagah.
Pada waktu malam, tempat uri ditanam akan dilengkapi pelita. Selain mengelak daripada dikorek oleh binatang , mereka juga berharap agar si bayi tidak diganggu oleh kuasa jahat. Sedikit  tanah dari tempat uri ditanam akan diambil lalu dibungkus di dalam sehelai kain putih. Bungkusan tersebut kemudiannya diletakkan di bawah tempat tidur atau buai si bayi. Masyarakat Jawa beranggapan ianya dapat menemani si bayi kerana setiap bayi dilahirkan bersama kawan atau “bathor”.

Jagongan
Jagong dalam bahasa Jawa bermaksud duduk. Adat jagongan mudah dimengertikan sebagai ziarah sambil duduk – duduk. Ada juga yang mengenali adat ini dengan nama “muyi”.
Pada hari pertama hingga ke tujuh kelahiran, jiran tetangga dan saudara – mara akan datang menziarahi keluarga bayi. Biasanya kaum perempuan akan datang berziarah pada siang hari manakala bagi kaum lelaki,  mereka akan datang pada waktu malam. Ketika berziarah mereka akan dihidangkan dengan kuih-kuih tradisional seperti rempeyek dan rengginang.
Tujuan mereka berziarah ialah menemani si ibu dan bayinya. Pada pandangan masyarakat Jawa,  si ibu yang baru melahirkan lemah semangatnya  manakala si bayi mudah disampuk oleh sesuatu kuasa jahat.

Bengkungan
Bengkung ialah sejenis tali pinggang yang dipakai selepas melahirkan bayi. Bengkung diperbuat daripada kain yang lembut sepanjang 6 hingga 7 meter. Untuk memudahkan cara pemakaiannya, kain bengkung biasanya akan diikatkan pada sesuatu seperti tiang. Si pemakai akan melilitkan bengkung tersebut pada bahagian bawah dada sehingga paha agar rahim mudah sembuh, perut tidak menggelebeh dan ponggong tidak jatuh. Pada masa kini walaupun terdapat bengkung moden yang lebih mudah dan murah namun masih ada lagi sebilangan kaum perempuan yang menggunakan kaedah tradisional demi mengekalkan adat dan budaya.

Puputan / Potong Jambul
Upacara potong jambul biasanya dijalankan selepas 40 hari bayi dilahirkan atau selepas si ibu habis tempoh berpantang.  Jiran tetangga dan saudara – mara dijemput untuk majlis doa selamat. Ketika ini mereka akan membaca berzanji beramai-ramai.  Selesai bacaan berzanji bayi akan dibawa keluar. Beberapa orang tetamu yang terdiri daripada Pak Imam dan mereka yang dikenali sebagai orang alim akan memotong sedikit jambul sambil membaca sedikit doa agar bayi tersebut membesar penuh keberkatan. Ada juga kalangan bayi yang dicukur sehingga botak licin. Rambut tersebut akan dimasukkan di dalam kelapa lalu ditanam di sekitar rumah.
Pada ketika ini , tuan rumah biasanya akan mengagihkan bunga telur dan bunga rampai kepada para tetamu. Supaya lebih tahan lama telur tersebut biasanya dimasak pindang. Ada juga yang menabur beras berserta sejumlah duit syiling di ruang tamu sebaik sahaja majlis potong jambul tersebut selesai sebagai simbol apabila dewasa nati anak tersebut dimurahkan rezeki  dan mudah mendapat makanan(beras) dan kaya (duit)

Among- Among
Among – among diadakan setiap tahun sejak bayi dilahirkan sehinggalah bayi tersebut fasih bercakap. Ketika menyambut setahun kelahiran, biasanya si anak akan dimasakkan seekor ayam ingkong. Ayam yang hendak disembelih mestilah ayam jantan yang tidak terlalu tua iaitu “ayam lancor”. Si anak anak diberi bahagian paha dan pada ketika ini mereka akan menjalani upacara pijak tanah.
 Para tetamu yang terdiri daripada jiran tetangga dan saudara –mara akan dihidangkan dengan nasi keluban yang dihidangkan di dalam dulang.  Keluban ialah sejenis lauk yang terdiri daripada  campuran sayuran seperti daun pucuk ubi, tauge atau capar, kacang panjang dan kerabu kelapa.
Si anak yang diraikan pula akan dihidangkan dengan bubur abang. Bubur abang diperbuat daripada beras atau pulut yang dimasak sehingga  lembut dan diwarnakan dengan warna merah. Bubur abang merupakan tradisi wajib masyarakat Jawa kerana ia melambangkan kesyukuran. Adat ini masih dipraktikan oleh sebahagian penduduk lama di kampung saya.

Sunatan / Berkhatan
Pada masa kini , ramai masyarakat Jawa yang menghantar anak  mereka ke klinik untuk bersunat kerana ianya lebih selamat berbanding cara tradisional. Namun terdapat juga sebilangan kecil yang memilih untuk  menjalani upacara sunatan secara tradisional iaitu dengan menggunakan khidmat Tok Mudim.
Sebelum upacara sunat dijalankan, kanak-kanak lelaki diminta berendam di dalam kolam atau parit. Kanak- kanak tersebut diminta duduk di atas batang pisang ketika Tok Mudim menjalankan tugas. Sambil menghidu buah limau purut, beberapa orang  ahli keluarga termasuk si ayah akan menemani sambil memberikan semangat.
Kanak-kanak yang baru bersunat terpaksa menjalani tempoh pantang yang agak panjang . Kadangkala mereka hanya diberi makan nasi berlaukkan bilis masak kicap sahaja sehingga mereka benar – benar sembuh.
Masyarakat Jawa  akan menjemput jiran tetangga,  sanak – saaudara dan rakan taulan untuk menghadiri majlis meraikan anak mereka. Biasanya majlis keraian diadakan serentak dengan majlis Khatam Al Quran.

Baraan/ Ziarah Beramai - ramai
Masyarakat Jawa masih mengamalkan semangat kekeluargaan dan  kemasyarakatan yang tinggi. Budaya ziarah-menziarahi  secara beramai-ramai atau dikenali sebagai “baraan” masih diamalkan terutamanya ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Ketika majlis baraan mereka akan berselawat bersama –sama dan bermaaf- maafan. Ketika baraan, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai juadah. Antara menu popular masyarakat Jawa pada pagi Hari Raya ialah ketupat nasi, rendang ayam, serunding kelapa, sambal goreng tempe, sambal tumis petai, ayam masak pecal dan gado – gado .

Nasi Ambeng
Masyarakat Jawa menyediakan nasi ambeng untuk tetamu yang datang dalam majlis kenduri doa selamat . Nasi  berserta lauk  diletakkan di dalam sebuah dulang besar dan dimakan oleh seramai empat atau lima orang. Nasi yang tidak habis dimakan akan dibungkus. Nasi yang dibungkus dan dibawa balik sebagai buah tangan ini dikenali sebagai “nasi berkat”. Antara lauk nasi ambeng yang popular dalam masyarakat Jawa ialah ayam masak ingkong, mi goreng, serunding kelapa dan sambal goreng tempe.

KEBUDAYAAN MASYARAKAT JAWA
Etnik Jawa mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Antara kebudayaan yang menjadi kebanggaan mereka ialah kuda kepang, wayang kulit, barongan, reoq dan ludrok. Kebanyakan kebudayaan ini  berasal Indonesia dan terdapat juga pengaruh Hindu.
Kuda kepang berasal dari Indonesia. Ia dipercayai dibawa oleh kumpulan Wali Songo ketika menyebarkan agama Islam. Mereka bermain  kuda kepang untuk menarik minat  orang ramai mendekati Islam. Masyarakat Jawa mempersembahkan kuda kepang ketika majlis keramaian. Kuda kepang popular di Batu Pahat meliputi kawasan Parit Raja, Seri Medan dan Senggarang.
Barongan juga merupakan seni masyarakat Jawa . Ia mengisahkan zaman Nabi Sulaiman AS yang boleh bertutur dengan haiwan. Antara kumpulan barongan yang masih aktif ialah Kumpulan Barongan Seri Wahyuni yang berasal dari Parit Bingan , Parit Raja. Ia dipercayai dibawa oleh hamba abdi yang da[potang dari Riau Lingga.
Wayang kulit Jawa merupakan persembahan kebudayaan yang semakin terpinggir. Kini hanya tinggal beberapa buah kumpulan sahaja masih memperjuangkan kesenian ini.
Reoq merupakan kesenian pecahan daripada Persembahan Barongan. Antara kumpulan yang masih aktif menampilkan persembahan ini ialah Kumpulan Setia Budi, Parit Nipah, Parit Raja.

PERSPEKTIF JANTINA
Dalam masyarakat Jawa, sejak dari kecil anak-anak lelaki dan perempuan dilayan secara berbeza. Anak lelaki disuruh bersikap sebagai seorang lelaki yang sejati manakala anak perempuan sentiasa diingatkan agar menjaga sopan-santun.
Anak lelaki tidak digalakkan menunjukkan sikap emosi manakala anak perempuan ditegah daripada bersikap agresif.  Anak lelaki akan diajak membantu tugas bapa seperti berkebun ataupun bertukang manakala anak perempuan diajar membantu ibu membuat kerja rumah seperti mengemas, memasak dan sebagainya.
Dalam masyarakat Jawa, kaum lelaki dianggap sebagai sumber kekuatan dalam sesebuah masyarakat. Jawatan ketua masyarakat seperti  pelantikan Pak Lurah mesti disandang oleh orang lelaki. Mengikut kepercayaan ,orang lelaki  bersikap lebih matang dan tidak mengikut perasaan berbanding kaum perempuan.  Jiwa seorang perempuan yang sensitif akan menyebabkan mereka menjadi emosional  dalam membuat sesuatu keputusan.
Sifat kaum lelaki yang lebih kuat juga menjadikan mereka orang yang sangat penting dan dilantik sebagai ketua keluarga.  Kekuatan sifat fizikal dengan susuk badan yang sasa mekar, gagah, maskulin keras dan perkasa menjadi penyumbang penting dalam menjalankan tugas sebagai pencari rezeki. Mereka  menyara keluarga dan menjaga segala kebajikan dan keselamatan keluarganya. 
Lelaki kaum Jawa kelihatan tegas dari luaran tetapi sebenarnya lembut dari dalam. Mereka tidak akan memarahi anak mereka secara terbuka sebaliknya melalui isterinya. Hanya melalui pandangan atau jelingan mata sudah mampu menyampaikan mesej kepada anak – anak.
Perempuan kaum Jawa pula bersikap penuh lemah – lembut dan kasih – sayang terhadap suami dan anak-anak mereka. Oleh itu anak-anak mudah mesra dan manja kepada ibu berbanding ayah.  Seorang isteri amat taat akan suami. Mereka  bukan sahaja taat malahan memuliakan suami.
Isteri merupakan tulang belakang suami untuk menguruskan rumah tangga. Sikap mereka yang lemah – lembut dan penuh sopan – santun amat sesuai dengan tugas mengurus rumah tangga termasuk mencuci, memasak serta mengemas rumah.
Wanita Jawa dikaitkan dengan sifat berkorban yang tinggi. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi  memelihara kebajikan dan maruah keluarga mereka. Mereka akan menunggu suami pulang dari bekerja dengan sabar. Setelah suami pulang, mereka akan dilayan dengan penuh kasih-sayang.
Pepatah Jawa ada menyatakan bahawa “Syurga terletak di bawah kaki suami”. Tiada gunanya walau setinggi manapun amalan yang dilakukan oleh seseorang isteri jika mereka tidak patuh atau mengabaikan tanggungjawab terhadap suami dan anak- anak. Apatah lagi kalau mereka ingkar atau derhaka kepada suami.

SUMBER: http://hissham66.blogspot.com/2012/08/kajian-etnik-jawa-di-malaysia.html


BELAJAR BAHASA :- JAWA JOHOR

MAKNA "ALOT" :- ALOT
Mau Tuku Daging Lembu
Arek Masak Kicap mengko
Di Godok Disek Daging nge
Wes Kui Di masak Kambek Bumbu ney
Wes Rampong Tak Rasani
Kok Alot Daging nge
Payah Pak Nyokot
Alot Banget 
Nak Opo Yo..?
Ketok Ei Wes Tak Godok Sui..

Maksud Ayat Dalam Bahasa Malaysia

Tadi Beli Daging Lembu
Hendak masak kicap nanti
Di Rebus Terlebih dahulu Daging itu
Selepas itu Di Masak dengan Rempah Ratus
Dah siap Saya Rasa Masakkan itu
La..LIAT Dagingnya
Susah Nak gigit
LIAT sangat
Mengapa ya..?
Nampaknya sudah di Rebus lama

ALOT = Liat
GODOK = Rebus                                                                                                                    
                                                                                                                                            



MAKNA "BOJO AYU"

Duwei Boyo Ayu Nang Umah
Reti Masak Reti Ngemes
Lakon ne Apik Ngomongan ne Lembot
Dhino-Dhino Meringis Waei
Asuhan ne Seko Cilik
Di Warai Seng Manot
Ngayah  Urip Kie.

Maksud Ayat Dalam Bahasa Malaysia

Ada Isteri cantik Di Rumah
Tahu Memasak Tahu Mengemas
Tingkah Lakunya Baik Pertuturannya Lembut
Hari-Hari Tersenyum Sahaja
Didikkannya Semenjak Kecil
Di Ajar Biar Taat
Seronoknya Hidup Ini                                                                                                                      


MAKNA "BUDEK"                                                                                                                          
                                                                                                                          
Dicelok Key Orak Semaor
BUDEK Menowo
Kuping Nge Orak Di Resik Ei 
Ono Kopok EI Akeh

Maksud Ayat Dalam Bahasa Malaysia

Di Panggil Tidak Menjawab
PEKAK  Agaknya
Telinga Tak Di Bersihkan
Ada Tahi Telinga Banyak

KOPOK = Tahi Telinga
BUDEK = Pekak                                                                                                                                        


MAKNA "CIWEK"                                                                                                                                      


Di Gugah Kon Tangi Isuk Ciwek
Di Ter-Key Lambat Sitik Ciwek
Batir rey Omong sitik Ciwek
Orak di-kak-ei  rai yo CIWEK 
Bocah cilik manjah
Yo Koyo ngunu...
Ciwek Banget......

Maksud Ayat Dalam Bahasa Malaysia

Di Kejutkan Bangun Pagi Mudah Menangis
Di Hantar Lambat sedikit Mudah Menangis
Kawannya cakap sikit Mudah menangis
Tak di Beri Muka Mudah Menangis
Budak kecil Manja
Begitulah.....
Sangat Mudah Menangis 

CIWEK = Mudah Menangis                                                                                                                             

MAKNA "ISUK"                                                                                                                                       
                                                                                                                                    
Adem Mey Isuk-Isuk
Tang-ngi Adhos Solat
Wes Kui Sarapan Ngetok
Isuk Iki Pak Lun-Ngo Areng Dhi...?
Dolan-Dolan Umah Batir

Maksud Ayat Dalam Bahasa Malaysia

Sejuknya Pagi-Pagi
Bangun Pagi Mandi Solat
Lepas Itu Bersarapan
Pagi Ni Nak Pergi Ke Mana...?
Jalan Jalan Rumah Kawan

Batir = Kawan/sahabat
ISUK = Pagi
BATIR=Kawan/Teman                                                                                                       

MAKNA"KALINGAN"                                                                                                          

 Sangkeng Telateney kambek Donyo
Lali Kambek Pengeran Seng Kuoso
Orak Kalingan Sopo Seng Ngek Ei...!!!!
Esek Dilulu... 
Urung Kalingan
Aku Gor Ngeleng Kei Waei


Maksud Ayat Dalam Bahasa Malaysia

Sangat Taksub Dengan Dunia
Lupa Dan Leka Dengan Yang Maha Esa
Lupa Siapa Yang Beri..!!!!!!!
Tengah Di Hulur tu....
Belum Beringat..
Aku Sekadar Mengingatkan Sahaja                                                                                    

MAKNA "KEMULAN"                                                                                                         

Bengi kie Bengi Minggu
Udhan Deres nang ngok Ku
Angger Turu Bengi ne Adem
Nek Kemulan Kui Seng Kandel
Wes Kepenak Ojo kelalen
Tangi SOBOH
Eleng Kambek Pengeran Ne

Maksud Ayat Dalam Bahasa Malaysia

Malam Ini Malam Minggu
Hujan Lebat Di Tempatku
Jikalau Tidur Malam Kesejukkan
Berselimutlah dengan Tebal
Dah Senag Jangan Lupa ( selesa berselimut)
Bangun Solat SUBUH
Ingat Pada Yang Maha Esa

MAKNA"MANGON"                                                                                                   

Manggon Nang Alas Dhino-Dhino
Kenak Panas Keringet te Metu
Ngolek Panggonnan Gawe Iyuppan
Nelak Rasane Ngolek Wedang
Ngombeh Jarang Nalak ei Ilang
Disawang Payah Rupa ne Ayem
Iso Nguyu Wayah Panen

Maksud Ayat Dalam Bahasa Malaysia

Tinggal Di Hutan Berhari-Hari
Kena Panas Peluhnya Keluar
Cari Tempat Untuk Berteduh
Dahaga Rasa Cari Minuman
Minum Air Kosong Dahaga nya Hilang
Di Lihat Susah Rupanya Tenang
Boleh Ketawa Waktu Menuai Hasil


MAKNA "MENDELIK"                                                                                              

 Mendelik moto ne Angger Dikandani
Kui Bocah Jaman Sak iki
Wong Tuo ne Kesel Nek Ngandani
Dhadi Wong Tuo Yo Koyo Ngunu
Angger Bujang Isolah Ngomong
Wes Dhahi Mak Bapak 
Barulah Ngerti



Maksud Ayat Dalam Bahasa Malaysia

Terbeliak Matanya Bila Dinasihati
Itulah Budak Zaman Sekarang
Orang tuanya Letih Menasihatti
Jadi Orang Tua memang Begitu
Jikalau Bujang Bolehlah Cakap
Sudah Jadi Ibu dan Bapa
Barulah Tahu                                                                                                      

MAKNA "NGOMPOL"                                                                                        

Bocah Cilik Angger Bung-Ngah 
Mencolot-mencolot
Di Warai Seng Apik
Ojo Koyo Ngunu
Mengko Bengi Ne NGOMPOL
Marai Pesing Sak Kabehan ney


Maksud Ayat Dalam Bahasa Malaysia

Budak Kecik Kalau Teruja 
Melompat-Lompat
Di Ajar Dengan Baik
Usah Begitu
Nanti Malamnya Kencing Malam (Kencing di atas tilam)
Jadi Hancing Keseluruhan

MAKNA "NGOCEH" 

Seko Isuk Tekan Beng-ngi
Orak Entek-Entek
Ngoceh wae
Orak Kesel Delok An Ney
Bocah - Bocah
Kadung Wes ketemu Batir rey
Orak Kalingan

Maksud Ayat Dalam Bahasa Malaysia

Dari Pagi Hingga Malam
Tak Habis-Habis
Bercakap Saja
Tak Letih Nampaknya
Budak-budak
Kalau Dah Berjumpa Kawannya
Tak Ingat 

NGOCEH = Bercakap tanpa henti / berkata-kata tanpa henti
ORAK = Tidak
ENTEK = Habis

MAKNA "WONG LANANG"

Dhadi WONG LANANG Arek Apik
Orak Reti Yo Takon
Ojo Mandey-Mandey Dewe
Wong Lanang Pak Dhadi Wong Arek Ngaji
Ngolek Guru Seng Apik
Ojo Ngolek Seng Orak -Orak
Lakoni Penguripan Iki

Maksud Ayat Dalam Bahasa Malaysia

Jadi ORANG LELAKI Hendaklah Baik
Tak Tahu Ye Bertanya
Usah Pandai Sendiri
Orang Lelaki Nak Jadi Insan Kenalah Belajar
Cari Guru Yang Betul
Usah Di Cari yang Bukan-Bukan
Buat Perjalanan Hidup ini

MAKNA "UDEL DAN UDO"

UDEL dan UDO adalah sebutan dalam bahasa jawa yang amat berlainan maksudnya, walau di ejaan seakan-akan sama tapi  berbeza dari segi maksud dan pengertian

UDEL- udel adalah pusat, pusat pada perut kita , atau pusat pada bumi dan pusat pada geometri

UDO - udo adalah bogel / telanjang . tanpa mengenakan seurat benang pada tubuh badan

Bagi menyebut dan membunyikan UDEL

U - ' Usah malu menulis bahasa jawa' ambil bunyi  'U' dari perkataan  'Usah'  bunyikan 'U'
DEL - ' Buah DELIMA' cantumkan perkataan 'DE+L' untuk bunyi   'DEL'

Contoh ayat dalam bahasa jawa untuk UDEL dan UDO

Bocah cilik ados ojo UDO
Weroh UDEL ley
Bokong nge
Isin...

Maksud Ayat Di Atas Dalam Bahasa Malaysia

Budak kecil mandi usah TELANJANG
Nampak Pusatnya
Punggungnya
Malu

http://blogorangdesa.blogspot.com/2013/03/belajar-bahasa-jawa-johor.html