Monday, 1 December 2014

Bila orang tanya , asal mana ? Saya asal bandar Batu Pahat , lazimnya automatik akan balas ohhhh Batu Pahat... Jawalah nie. Dengan bangganya ye memang jawa, atuk n nenek memang dari Jawa , indonesia. Orang lain mungkin boleh berbahasa Perancis, Jerman mahupun Jepun tapi insyaallah aku boleh fahami dan bertutur serba sedikit bahasa jawa. Satu kerugian anak jawa tak pandai berbahasa jawa. nie intro nak kongsi serba sedikit perkataan jawa dengan anda semua. sekiranya ada silap dan salah boleh tegur dan diperbetulkan.

kita mulakan kelas bahasa jawa yang kita gunakan dalam seharian

1. kue wes mangan opo urong ( awak dah makan ke belum )

2. Urong. ayok mangan weteng nge wes ngeleh ki ( Belum, jom makan perutnya dah lapar ni)

3. Arek mangan neng di ( Nak makan kat mana ? )

4. Mangan neng warong ngarep kenek jugak ( makan kat warung depan boleh juga )


ok itu sebahagian perbualan seharian kalau nak ajak makan.

tambahan :

ngarep - depan
buri - belakang
duor - atas
ngisor - bawah

No comments:

Post a Comment